Gelaran "katak" telah biasa diungkapkan untuk mana -mana menteri yang suka bertukar parti. Di mata rakyat, pemimpin seperti itu adalah seorang yang tidak berpegangan kukuh dengan prinsipnya.
Walauapapun yang terjadi terhadap beliau, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan di masa lampau bukanlah menjadi ukuran atau alasan atas perjuangan beliau yang hampir tidak berjaya.
Sebagai rakyat Sabah, saya dapati ramai daripada mereka memberi spekulasi dan ini adalah perkara biasa kepada rakyat terhadap pemimpin.
Mengetahui hal rakyat dan perangai pemimpin adalah menjadi kritikan dan sebagai pemimpin , saya percaya mereka sebagai seorang yang berkaliber tinggi boleh menerima kritikan. Bagi rakyat Sabah umumnya, bukan saja masalah royalti minyak dari Persekutuan, tetapi banyak lagi isu di Sabah yang tidak diambil berat oleh pemimpin Sabah. Satu kenyataan yang saya sendiri boleh lihat dan merasainya. Walaupun pada dasarnya saya menghormati perjuangan beliau.
Mengapa nama seseorang pemimpin itu menjadi sebutan yang kurang senang di kalangan rakyat ??
Menurut akhbar diatas menyatakan " mengubah/berpindah ke parti lain untuk mencari penyelesaian". Penyelesaian tidak akan dijumpai jika tingkahlaku seorang pemimpin tidak berubah. Membawa tingkahlaku lama ke parti baru bukanlah satu jalan yang bijak.
Beranikah Dr. Jeffrey mengaku bahawa semasa perjuangannya di mana - mana parti yang lain sebelum ini adalah bersih sebersihnya? Mengapa beliau harus ke Sarawak sebelum dapat meyakinkan rakyat di tanahnya sendiri? Kami rakyat Sabah juga ingin tahu mengapa beliau tidak menggunakan kuasanya untuk menyelesaikan isu di Sabah terlebih dahulu. Jika betul memperjuangakan untuk Sabah, sudah tentu beliau tidak perlu mengharapkan pemimpin dari Sarawak yang beliau sekarang ini bersama dalam Parti Star.
Kenapa dan menagapa ? Suara hati bagi pihak rakyat Sabah.







0 comments:
Post a Comment